Friday, 13 October 2017


DUB1012:PENGAJIAN MALAYSIA

 ENCIK SABRI BIN IBRAHIM

SESI JUN 2017
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKANAN (PENGURUSAN HALAL)
-DMH1A-

AMIN NAZMI BIN ABDUL JALIL (02DMH17F1018)
MUHAMMAD NURARIF BIN YUNUS (02DMH17F1009)
MOHAMAD HAFEZULAMIN BIN MOHD ZULKIFLI (02DMH17F1006)
MUHAMMAD ALEFF BIN MOHD SAIBANI (02DMH17F1016)
MOHD SYAHMI BIN MOHD KASSIM (02DMH17F1034)
HAKIM NUR ILHAM BIN SIPULIZAN (02DMH17F1042)
MUHAMMAD HAFIZUNNA'IM BIN MOHD FARID HADI (02DMH17F1026)
MUHAMMAD ZULHAFIZAT BIN ABDUL AZIZ (02DMH17F1002)
MUHAMMAD ZAID BIN MUSA (02DMH17F1030)



1. BAGAIMANA KONSEP KELUHURAN PERLEMBAGAAN MENJAMIN KEHARMONIAN MASYARAKAT MAJMUK MALAYSIA.


PENGENALAN

      Perlembagaan  Malaysia  dinamakan sebagai Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan asalnya digunakan  untuk  seluruh Semenanjung   Malaysia (1957) dan kemudiannya diperluaskan ke Sabah dan Sarawak selepas kedua-dua negeri itu menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Perlembagaan Persekutuan digubal oleh  suruhanjaya reid yang diketuai oleh Lord Reid, Sir Ivor Jenning, Sir William Mckell (Australia), B.Malik dan Hakim A.Hamid. Perlembagaan Persekutuan yang asal mengandungi 14 perkara  dengan  181 perkara  tetapi  pada tahun 1984, pindaan telah dibuat dengan menambah 1 lagi bahagian dengan 2 perkara, menjadikannya 15 bahagian dengan 183 perkara. Perlembagaan juga dikenali sebagai suatu  kumpulan  peraturan atau set  undang-undang utama  yang  menentukan  system  kerajaan , pembahagian  kuasa, peranan dan fungsi  organisasi tertinggi  Negara , hak-hak  rakyat  dan  pelbagai  perkara  yang  lain.

DEFINISI PERLEMBAGAAN

            Perlembagaan merupakan prinsip-prinsip asas yang menentukan cara sesebuah negeri itu diasaskan dan diperintah seperti yang termaktub dalam undang-undang negara,adat atau peraturan yang lazim diguna pakai.

        Pelembagaan juga bersangkut paut dengan cara keputusan-keputusan awam dicapai dan kuasa diagih-agihkan secara antara institusi kerajaan ,sama ada di pusat ataupun pada peringkat tempatan. Perlembagaan juga akan menetapkan had- had  kewibawaan kerajaan dan cara-cara pemilihan serta pelantikan pemeritah.


TUJUAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
  1. Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil.
  2. Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah
  3. Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat
  4. Sebagai alat untuk myelesaikan masalah
  5. Menjamin riwayat negara bangsa
  6. Menjamin keamanan dan kestabilan negara

KONSEP TERTINGGI PERLEMBAGAAN

     Perlembagaan merupakan suatu dokumen undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan negara. Ia juga dikenali sebagai sumber segala perundangan atau sumber rujukan perundangan tertinggi negara. Konsep ketertinggian perlembagaan ialah tiada undang-undang lain yang boleh mengatasi perkara-perkara dalam perlembagaan. Hal ini dikenali sebagai keluhuran perlembagaan. Mahkamah berkuasa  membatalkan mana-mana undang-undang yang digubal oleh mana-mana statut apabila bertentangan dengan perlembagaan. Oleh itu, semua rang undang-undang hendaklah tertakluk kepada kehendak-kehendak perlembagaan. Mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya, setakat mana yang bertentangan itu.


KONSEP KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  1. Keluhuran perlembagaan adalah prinsip Rukun Negara yang ketiga yang bermaksud ketinggian perlembagaan atau Undang-Undang.
  2. Kuasa Perlembagaan Malaysia adalah mengatasi kuasa Yang-dipertuan Agong,parlimen,jemaah menteri dan makhaamah.
  3. Semua undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia adalah tidah sah dan terbatal sama sekali.
  4. Undang-Undang negeri juga mestilah selaras dengan Perlembagaan Malaysia.
  5. Mahkamah juga telah diperuntukan kuasa untuk membatalkan akta yang diluluskan diluar bidang kuasa Parlimen.
  6. Mahkamah juga berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang.


PERANAN & KESAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
  • Mewujudkan pemerintahan yang adil
          Beberapa perkara dalam perlembagaan memperlihatkan peranaannya untuk mewujudakan pemerintahan yang adil. Kewujudan dari segi sejarah berdasarkan tolak ansur antara kaum dalam beberapa perkara seperti hak istimewa orang melayu , bahasa melayu , agama islam dan lain-lain lagi.
Sebagai contoh walaupun agama islam sebagai agama rasmi negara tetapi agama lain juga bebas diamalkan.
  • Mengekalkan riwayat negara bangsa
         Pembentukan pelembagaan akam mengekalkan identiti negara bangsa malaysia kerana melalui perlembagaan ,Sistem pertadbiran dan perjalanan undang-undang negara dapat dilaksanakan.
  • Menjaga kestabilan negara
         Sesungguhnya perlembagaan malaysia telah berjaya menmbentuk keamanaan dan kestabilan negara .Hal ini memandangankan terdapat sekatan-sekatan dalam mengawal pergerakan setiap warganegara Malaysia walaupun mereka diberi kebebasan dan keistimewaan  tertentu.Namun,kebebasan dan keistimewaan ini ada hadnya apabila terdapat perkara-perkara yang difikirkan perlu untuk menyekat kebebasan mereka.
  • Alat peyelesaian masalah
         Perlembagaan sesungguhnya telah menjadi undang-undang tertinggi negara dan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri.Bahkan,sebarang masalah dalam pembuatan undang-undang atau rujukan apa-apa hukuman kepada seseorng warganegara adalah berasaskan perlembagaan


KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN PERRSEKUTUAN
       
         Menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Perlembagaan menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan serta prinsip-prinsip umum cara kuasa tersebut dilaksanakan.
         Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Perlembagaan menentukan hak asasi rakyat seperti kebebasan bercakap, kebebasan beragama dan pemilikan harta. Perlembagaan dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa pemerintahan.
         Perlembagaan juga menentukan tanggungjawab rakyat dan batasan atau larangan seperti hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang tidak boleh dipersoalkan. Hal ini adalah penting untuk mengelakkan persengketaan kaum.
        Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara. Perlembagaan melindungi kepentingan semua kaum. Perlembagaan juga menjamin keadilan sosial antara kaum. Hal ini dapat memupuk perpaduan nasional dan mempertingkatkan pembangunan negara.
     Kepentingan perlembagaan di sesebuah negara itu juga mempunyai haluan tertentu. Hal ini demikian kerana, perlembagaan mempunyai undang-undang dasar yang menentukan arah politik negara tersebut. Menerusi perlembagaan, arena politik negara dapat ditentukan dan parti-parti politik pula mengetahui hala tuju semasa memegang kuasa dan mentadbir negara.

Perlembagaan menjamin keharmonian masyarakat

Perlembagaan adalah undang-undang yang mengandungi peraturan yang boleh dikuatkuasakan atau prinsip asas yang mengasaskan sistem pemerintahan seperti yang termaktub dalam undang-undang atau adat perundangan. Perlaksanaan Perlembagaan telah banyak membawa kebaikan kepada negara secara amnya dan kepada rakyat secara khususnya.

Perlembagaan merupakan penentu kepada rangka dan bentuk pemerintahan serta kuasa yang diamanahkan kepada mereka yang menerajui tampuk pemerintahan dan terbukti Pelembagaann mampu menjamin satu pentadbiran yang cekap, jujur dan adil. Oleh itu Perlembagaan adalah penting bagi sesebuah negara untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik seterusnya menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

Perlembagaan juga menggariskan kebebasan dan hak asasi warganegara seperti kebebasan diri, kebebasan bercakap, kebebasan memiliki harta dan kebebasan beragama. Dengan peruntukan tersebut, Perlembagaan menjamin keselamatan dan keamanan melalui undang-undang yang digariskan sejara jelas. Selain itu, Perlembagaan menentukan batasan bagi menjaga keselamatan dan memastikan pentadbiran berjalan dengan lancar bagi kemakmuran rakyat.


Perlembagaan Malaysia juga memastikan wujudnya keadilan sosial antara kaum. Bagi menjamin keadilan antara kaum, kebebasan sosial dihadkan. Ini bermakna seseorang itu diberi kebebasan bercakap tetapi kebebasan ini dihadkan kerana seseorang itu tidak dibenarkan bercakap mengenai isu sensitif seperti keistimewaan hak orang Melayu dan bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta agama Islam sebagai agama rasmi kerajaan yang boleh menimbulkan kebencian terhadap kaum lain serta akan mengakibatkan berlakunya persengketaan dan pergaduhan antara kaum yang bakal mengancam keselamatan negara.

Perkara ini telah  termaktub dalam pindaan Akta Hasutan pada tahun 1970 yang mengehadkan hak kebebasan seseorang bercakap. Dengan ini Perlembagaan boleh menjamin keselamatan dan rakyat daripada dianiaya serta keamanan negara.

Unsur taat setia kepada negara adalah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Perkara tersebut menyatakan bahawa seseorang itu akan diperintah dilucutkan kerakyatannya sekiranya kerajaan Malaysia berpuas hati bahawa seseorang itu telah memperolehi kerakyatan negara lain. Seseorang itu juga diarahkan dilucutkan kerakyatannya sekiranya terbukti yang dia tidak setia atau tidak suka kepada negara ini. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa kepentingaan Perlembagaan di negara kita adalah untuk menjaga kedaulatan, keamaan dan kesejahteraan negara.
Perlembagaan juga menentukan supaya hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak boleh dipersoalkan kerana ini adalah jaminan awal sebelum Persekutuan Tanah Melayu merdeka dan sebelum Sabah dan Sarawak bersetuju memasuki Malaysia pada tahun 1963. Walau bagaimanapun semua warganegara Malaysia, tanpa mengira kaum adalah sama rata di sisi undang-undang, bebas menganut dan mengamal agama masing-masing, boleh mengajar dan bertutur dalam bahasa ibunda mereka sendiri serta berhak memiliki harta.

Selain itu, terdapat juga peruntukan mengenai hak pelajaran yang menegaskan bahawa tidaklah boleh ada perbezaan terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir untuk kemasukan dan bayaran yuran ke institusi pendidikan yang diselenggarakan oleb kerajaan. Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan begitu menitik beratkan soal keaman, kemakmuran dan hak sama rata di kalangan rakyat di negara ini.

Seperti negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menyerahkan kuasanya dalam beberapa bidang kepada kerajaan pusat seperti pendidikan dan kesihatan.  Kesan daripada penyerahan kuasa ini ialah pembangunan yang sangat pesat dalam bidang pendidikan dan perkhidmatan seperti kesihatan, pos, telekom dan polis. Di sini, perkongsian budaya telah wujud dan mengeratkan perasaan kekitaan dan persefahaman. Selain itu, usaha ke arah mewujudkan integrasi nasional telah  menampakkan hasil dan dapat mempercepatkan lagi proses pembentukan negara bangsa yang bersatu dan berdaulat.

Bagi dunia pendidikan pula, pemilihan pelajar ke institusi pengajian tinggi telah merima sistem meritokrasi yang menolak pelaksanaan sistem koata yang dilaksanakan sebelum itu. Sistem meritokrasi melaksanakan pemilihan pelajar berdasarkan prestasi akademik tapa mengira golongan etnik. Walaupun kedudukan istimewa mengenai pendidikan telah termaktub dalam Perlembagaan, namun pelbagai sikap akomodatif antara Melayu dan bukan Melayu telah diwujudkan ke arah memantapkan lagi hubungan etnik diMalaysia


Sesungguhnya, apabila wujudnya perpaduan nasional, maka barulah terjamin kesejahteraan masyarakat majmuk, dan seterusnya akan melahirkan pula sebuah negara dan bangsa Malaysia yang bersatu, demokratik, adil, liberal, dan saintifik tanpa mengira keturunan dan kepercayaan. Pendeknya, jelas sekali sistem Perlembagaan merupakan kunci kepada masyarakat pelbagai kaum di Malaysia ini, demi untuk memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum bagi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara Malaysia itu sendiri.




   
   Perlembagaan Perseketuan mewajibkan Pemerintah dan rakyat keseluruhannya memelihara kesucian dan kedaulatan Agama Islam melalui Perkara 37 dengan mewajibkan Ketua Utama Negara Yang di-Pertuan Agong untuk bersumpah atas nama suci Allah bagi memlihara agama Islam pada semua masa. Semua cabang Pemerintahan Negara Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman terikat dengan sumpah Yang di-Pertuan Agong untuk memastikan kesucian dan kedaulatan Agama Islam setiap masa. Pendirian mana-mana parti politik (sama ada DAP, PKR, MCA, MIC hatta PAS atau UMNO) yang mendokong unsur menentang kedaulatan Islam sebagai agama Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip Rukun Negara – Kedaulatan Undang-undang, Keluhuran Perlembagaan dan Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
   
   Mana-mana parti politik yang meletakkan prinsip sekular dan liberalisme mengatasi prinsip Islam wajib memperbetulkan fahaman politik masing-masing kerana sebagai warga Malaysia, rakyat Malaysia tiada pilihan lain selain dari menghormati prinsip Islam sebagai agama Negara dan memartabatkannya. (Bari, 2010)

Di seluruh Malaysia terdapat lebih 80 kaum.  Terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina daripada 80 kaum yang ada di seluruh negara.  Konsep masyarakat membawa maksud kumpulan manusia yang menetap bersama-sama di suatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu serta masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Justeru gabungan kedua-dua istilah masyarakat majmuk membawa maksud ‘satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan’, khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu. (Mayudin, 2002)



Masyarakat majmuk muncul akibat daripada dasar-dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan penduduk mengikut keperluan ekonomi mereka yang telah mengakibatkan wujudnya kelompok-kelompok yang pelbagai ragam dalam satu unit politik.  Mereka tidak bergantung antara kaum lain namun kelompok-kelompok ini bercampuran, amat berpegang kuat kepada agama, bahasa, budaya, idea-idea dan cara hidup yang tersendiri. Perkara yang akan dibincangkan pertamanya ialah sejarah yang mewujudkan masyarakat majmuk merupakan intipati yang menjadi tumpuan di Semenanjung Malaysia.






KESIMPULAN 

      Kewujudan perlembagaan sebagai asas undang-undang menpunyai peranan yang sangat besar dalam membentuk perjalanan pemerintahan di negara ini.Walaupun perlembagaan negara merupakan sebuah perlembagaan yang terlalu panjang dan terperinci,Namun,perlembaggaan tersebut telah berjaya menlicinkan pertadbian negara dan mewujudkan keamanan serta kestabilan negara.Perlembagaan merupakan tunjang kepada keamanan  dan perpaduan kaum di Malaysia.Hal ini kerana,sejarah pembentukan perlembagaan adalah atas dasar persetujuai semua kaum.Perlembagaan juga menjadi dasar kepada perbentukan sistem Demokrasi berparlimen di Malaysia.Melalui perlembagaan,setiap warganegara sama pemerintah atau rakyat mendapat hak masing -masing dan pembelaan yang sewajarnya.



RUJUKAN

Internet

>http://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia
>http://notapengajianam.blogspot.com/2010/04/pengenalan-perlembagaan.html
>http://cmslib.uum.edu.my/m2012/index.php/malaysia/perlembagaan
>Buku rujukan sejarah tng 4&5
>Buku pengajian Mlaysia Edisi kelima


Bahan bacaan 

>Mardiana Nordin, Hasnan Hussin 2014 (EDISI KELIMA), Pengajian Malaysia, Oxford Fajar, Oxford Fajar SDN. BHD
>Masariah Mispari, Johara Abdul Wahab, Ridzuan Hasan,2010. Sejarah Tingkatan 2, Kuala Lumpur : DBP
>
Lofti Ismail,1998. Sejarah Malaysia 1400-1963. Kuala Lumpur : Utusan Publication and Distribution Sdn Bhd.

No comments:

Post a Comment