Friday, 13 October 2017


3. KONTRAK SOSIAL : SATU TINJAUAN KE ATAS MASYARAKAT CINA DALAM ASPEK EKONOMI.


PENGENALAN


Sebelum kedatangan masyarakat cina ke-tanah melayu,ekonomi tanah melayu dikuasai oleh golongan pembesar dan pedagang yang kebanyakannya terdiri daripda kalangan bangsa melayu sendiri.Pada abad ke-19,berlaku kedatangan besar-besaran bangsa cina ke tanah melayu untuk bekerja dalam sektor pelombongan.Kebanyakan bangsa cina yang datang ke tanah melayu dibawa masuk oleh pembesar-pembesar melayu untuk berkerja dalam sektor pelombongan terutamanya di negeri Perak.Antara pembesar yang terlibat dalam membawa masuk imigrin cina ke tanah melayu ialah Long Jaafar.Impak bangsa cina ke atas ekonomi tanah melayu mula dapat dilihat melalui sektor perlombongan.Bangsa cina mula mengusai sektor perlombongan di tanah melayu sehingga lah kedatangan British yang akhirnya berjaya memonopoli bidang perlombongan kerana mereka mempunyai teknologi yang lebih maju dan canggih,sebagai contohnya kapal korek.Penguasaan bangsa cina keatas bidang perlombongan merupakan permulaan penglibatan masyarakat cina dalam ekonomi.Impak dan penglibatan bangsa cina dalam bidang ekonomi dapat dilihat dengan jelas daripada penglibatan mereka dalam bidang perlombongan sehingga lah kini.







KEDATANGAN BURUH CINA KE TANAH MELAYU


  
1.       Kedatangan Buruh dari China secara besar-besaran bermula sejak awal abad ke-19 yang kebanyakkan  berasal dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Kwangsi dan Fukien.
2.       Kedatangan buruh ini ke Tanah Melayu adalah melalui beberapa cara seperti sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan, dan sistem pengambilan rumah kongsi.
3.       Ramai dikalangan imigran Cina telah datang ke Tanah Melayu melalui sistem tiket Kredit.
4.       Imigran Cina yang ingin datang ke Tanah Melayu akan dikumpulkan oleh Kheh-thau ( Ketua ), orang yang bertanggunjawab mengumpulkan masyarakat tempatan di China sebelum di bawa ke Pelabuhan.
5.       Kheh-thau ini akan dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran China yang dibawa oleh mereka.
6.       Imigran yang datang ini dipanggil Sin Kheh dan diletakkan dibawah pengawasan nahkoda kapal atau agensi buruh yang biasanya telah menerima bayaran daripada bakal majikan imigran berkenaan.
7.       Imigran yang datang dengan cara ini terikat dengan perjanjian untuk bekerja bagi satu tempoh masa sehinggalah hutang tambang mereka dijelaskan.
8.       Selepas itu mereka bebas berkhidmat dengan sesiapa sahaja yang merek suka.
9.       Mereka akan dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka akan tuju serta keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang.
10.   Mereka akan dibawa oleh orang tengah atau pemborong buruh dengan bayaran tertentu kepada pihak majikan.
11.   Kerajaan British di Tanah Melayu telah mewujudkan jawatan pegawai pelindung buruh dari China pada bulan Mac 1872.
12.   Ia adalah bertujuan untuk mengawasi kemasukan buruh dan imigran dari China.
13.   Beberapa undang-undang telah dilaksanakan bagi membaiki sistem pengambilan buruh.
14.   Pada 30 Jun 1914, sistem tiket kredit ini telah digantikan dengan dengan sistem pengambilan Kakitangan ataupun pengambilan rumah kongsi



    SEBAB KEDATANGAN MASYARAKAT CINA KE
TANAH MELAYU

  Inggeris membawa masuk orang-orang cina dari tanah besar china sebagai imigran pada awalnya untuk melombong dan mereka bergiat aktif dalam aktiviti perlombongan ini.Inggeris memberikan kontrak meneroka bidang yang membawa keuntungan pada ketika itu kepada bangsa Cina.Memang dari zaman kolonial lagi inggeris mengaturkan sosioekonomi yang tidak seimbang dan pengagihan ekonomi yang tidak adil.

  Oleh kerana aktiviti perlombongan adalah merupakan salah satu aktiviti ekonomi yang mendatangkan keuntungan besar kepada Inggeris,akhirnya pekan-pekan dan bandar-bandar dibuka oleh bangsa cina kerana mereka bergiat aktif dalam bidang perniagaan dan aktiviti-aktiviti ekonomi yang lain.


  Orang Melayu hanya menjadi petani di kampung yang keuntungannya ibarat kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Jika bangsa cina terlibat dalam bidang pertanian, mereka bukan memilikinya dengan saiz yang kecil bahkan mereka mendapat kontrak-kontrak membangunkan beberapa kawasan menjadi estet.


CARA KEDATANGAN MASYARAKAT 

CINA KE TANAH MELAYU


Sistem Pengambilan Kakitangan

1. Melalui sistem ini, majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China bagi mendapatkan tenaga buruh.
2. Segala tambang dan perbelanjaan buruh tersebut akan dibiayai oleh majikan.
3. Pegawai yang dihantar tersebut adalah bertanggungjawab untuk mengiringi buruh-buruh tersebut sehigga mereka sampai di tempat majikannya.

Sistem Pengambilan Rumah Kongsi

1. Di bawah sistem ini, pemgambilan buruh adalah dilakukan oleh pegawai dinegara China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi.
2. Pegawai tersebut akan membaiyai segala perbelanjaan buruh-buruh tersebut sehingga mereka sampai di rumah kongsi.
3. Pembawa buruh tadi akan dibayar oleh tuan punya rumah kongsi dengan kadar yang telah dipersetujui bagi setiap buruh yang dibawanya.

Secara Berkumpulan ( Foochow )

1. Pada awal abad ke-20, cara kedatangan imigran ini telah berubah terutamanya di Sarawak.
2. Charles Brooke melalui syarikatnya di Singapura telah menaja kemasukan buruh ke Sarawak.
3. Buruh ini masuk ke Sarawak secara berkumpulan seperti yang dianjurkan oleh orang Foochow di Sarawak.
4. Kumpulan pertama dibawa masuk selepas adnya persetujuan di antara Wong Nai Siong, seorang ketua Foochow di Sibu, dengan Charles Brooke untuk menjemput petani Cina menerokai Lembah Rajang.
5. Lebih kurang 570 orang Foochow telah dibawa masuk ke Sibu pada bulan Januari 1901 dan bulan Mac.
6. Kaum imigran ini amat diperlukan untuk mengusahakan tanah dan membangunkan sektor pertanian gambir dan lada hitam.     


KONTRAK SOSIAL


      Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kadang-kala digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular. Dalam konteks biasa yang berkaitan dengan hubungan ras, kontrak sosial telah kerap kali dibidaskan, termasuk juga oleh ahli-ahli politik dalam kerajaan campuran Barisan Nasional yang menegaskan bahawa tidak habis-habis bercakap tentang hutang orang-orang bukan Melayu kepada orang-orang Melayu terhadap kewarganegaraan yang diberikan telah merenggangkan golongan-golongan bukan Melayu daripada negara mereka. Kritikan-kritikan seumpama ini telah ditentang oleh media Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti politik yang terbesar dalam Barisan Nasional. Kebanyakkan orang Melayu, majoritinya daripada UMNO, telah mempergunakan kontrak sosial ini untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu.


DASAR EKONOMI BARU

  Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk:

·         mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum

·         mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.


  Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991. Walaupun begitu elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti secara beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL




LATAR BELAKANG



     Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991 - 2000 telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.



OBJEKTIF

    Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi. 

STRATEGI PELAKSANAAN 



     DPN akan terus mengekalkan strategi asas Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu pembasmian
kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial
dan ekonomi antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan
perpaduan negara. DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang
lebih seimbang yang merangkumi aspek- aspek kritikal seperti berikut:

i.  Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi
    dengan pengagihan yang saksama;
 ii.  Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk
     meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan
     pertumbuhan
 iii. Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk                              menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi dari
      pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia;
 iv. Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang
      ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara
      kawasan Bandar dan luar bandar;
 v.  Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan             hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati            perasaan bangga dan cintakan negara;
vi.  Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisplin dan
      produktif serta meningkatkan kemahiranyang perlu bagi menghadapi cabaran
      pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat
      penyusunan semula masyarakat;
vii.  Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan
      pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan
      kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains
       dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden; dan
viii.  Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian yang
       sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi supaya dalam jangka
        panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.
TINJAUAN KEATAS MASYARAKAT CINA
 DALAM ASPEK EKONOMI
Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu masih tertinggal jauh dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula lebih terkehadapan dengan menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan mengikut dasar pecah dan perintah yang telah diamalkan oleh British. Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan walaupun sebahagian daripada mereka telah bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu. Bagi masyarakat Cina yang terdiri dari golongan yang kaya, bersiap sedia untuk mengambil Tanah Melayu kerana beranggapan bahawa merekalah yang banyak memberikan sumbangan terhadap kemajuan Tanah Melayu, bukannya orang Melayu sendiri


RUMUSAN
      Walaupun imigran masyarakat cina telah memainkan peranan yang penting dalam ekonomi negara sejak berabad-abad. Kedatangan cina ke Tanah Melayu telah bermula sejak abad ke-15.  Masyarakat Cina di negara ini diseru supaya terus memainkan peranan utama membantu kerajaan untuk memajukan ekonomi negara terutama dalam keadaan iklim ekonomi dunia yang tidak menentu sekarang. Masyarakat Cina dapat terus memain peranan menyumbang memajukan negara dalam pelbagai sektor ekonomi dan kita tahu jika tidak ada kaum Cina yang membantu selama ini, kita tidak akan mampu mencapai negara maju seperti sekarang .


 RUJUKAN
 •http://ms.wikipedia.org/wiki/Kontrak_sosial_(Malaysia)
•http://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Pembangunan_Nasional
•http://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru

No comments:

Post a Comment