Friday, 13 October 2017



2. JELASKAN KONTRAK SOSIAL SEBAGAI SATU PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA.


PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

BAB INI MEMBINCANGKAN TENTANG PERUNTUKAN UTAMA YANG TERKANDUNG DALAM PERLEMBAGAAN . SELAIN ITU, MEMBINCANGKAN HAK ASASI KEBEBASAN INDIVIDU


peruntukan utama perlembagaan terbahagi kepada 5 perkara iaitu bahasa melayu , kedudukan keistimewaan orang melayu , agama Islam , kewarganegaraan dan hak asasi  



Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai antara penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Perlembagaan Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah kontrak sosial dan perjanjian perdamaian. Perlembagaan Malaysia merupakan suatu bentuk tolak ansur yang ulung dengan setiap kumpulan memberi sesuatu dan kembali mendapat sesuatu. 

                     Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi. Para penggubal mengangap elemen-elemen tersebut penting memandangkan peranan yang dimainkan dalam menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum. Peruntukan itu adalah hasil proses tawar menawar pada asasnya merupakan semangat perjanjian di sebalik pembentukan perlembagaan tahun 1957.

                    Inilah asas yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak sebahagian komuniti yang lain demi untuk keseimbangan dalam masyarakat bernegara. Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua pihak.
 
                         Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada perkembangan sejarah. Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu merangkumi nilai tradisi, politik dan kebudayaan. Elemen-elemen ini yang menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu memasukkannya ke dalam Perlembagaan bagi mengekalkan keistimewaan mereka.


No comments:

Post a Comment